Cerita Kami: CAMERON HIGHLAND - PART 2

Thursday, November 13, 2014

CAMERON HIGHLAND - PART 2


Good Morning!

Misi kami untuk hari kedua adalah mencari ice cream strawberry dan ladang teh boh.

So, kami bangun dan bersiap agak awal sebab kalau lambat, tempat2 tarikan ni mesti ramai orang. Tambah tambah weekend kan.



Lepas semua siap, kami turun breakfast dalam pukul 9. Untuk hari sabtu, breakfast kat hotel ni tak ada buffet. Cuma ada nasi lemak dan roti bakar je. Itu pon, dia akan hidangkan . Kalau 4 org, 4 nasik lemak la. So, tak ada pembaziran kat sini. Mungkin sebab sabtu jarang ada guest ramai. Selalunya ahad ramai guest. 



Kami mulakan day 2 dengan melawat lavender garden. Lavender la sangat kan. Entry masuk untuk dewasa RM5 dan kanak kanak RM3 sahaja. 


Kat sini ada pelbagai jenis bunga. Colorful and sangat cantik. So apa lagi, camera sana sini la posisinya. Hehehe :)






Bunga ni tak silap boleh petik. RM5 sekuntum kot. Kami just pose sana sini je. Tak beli apa pon kat sini. 

Our next destination is Boh Plantation Sg Palas. 


Masa dalam perjalanan ke Boh Plantation ni cuaca cantik, cuma agak gerimis. Dinasihatkan supaya org yang mahir je drive masa datang sini sebab jalan yang sempit, sometimes muat satu kereta je. 


Sampai je kami di ladang teh boh ni, hujan pon turun agak manja. tak lebat sangat, tak renyai sangat. So no choice, berpayunglah kita.


Kami park kereta kat bawah dan jalan kaki untuk sampai ke restaurant dan kilang pemprosesan teh (tatau nama)


Dekat kilang ni, ada ditunjukkan proses pembuatan teh. Dari daun hingga jdi serbuk teh



antara mesin mesin yang digunakan




Selepas meredah hujan, haruslah makan dulu.


Kami order cheese cake, chocolate melt and scones. 


Caramel tea

Makan dan minum sambil fefelling sikit. hahha





bergambar wajib walaupon berpayung. Prop namanya.





Puas hati dapat sampai sini. Berbaloi la kami punya debaran masa nak naik ke sini. Pemandangan dia memang cantik. 

Dah puas tangkap gambar dan dah kenyang, misi seterusnya adalah ice cream strawberry!.

Perjalanan pulang agak scary since dah banyak kereta masuk dan jalan kecik dan berlecak. 


Ni la rupa kak zaza lepas turun dari Boh Plantation.

Kami choose Raju farm untuk ice cream strawberry!
Location dia senang je, dekat dengan kea farm. Nampak sign board besar, naik atas bukit sikit. je.

Walaupon dah kenyang dengan kek dan scones masa dekat ladang teh boh, kami still order ice cream and waffle. Bukan selalu kan .. :)



makan lagi.

....Nyum nyum...

Chocolate & Strawberry Ice cream. Sangat sedapppp ;) 


Waffle. 

still terasa kesegaran and kesedapan dia. (poyo disitu).

Disebabkan kami agak kekenyangan makan dessert je sepanjang hari, so no lunch. Kitaorg singgah kea farm beli jagung bakar, keledek, cendawan goreng untuk nguyah2 dalam hotel nanti.

Kami memang tak singgah banyak tempat sebab misi kami dah tercapai. Haha. Lagi pon most of the place lebih kurang je. Konsep bercuti kali ni, berehat dan santai santai. ;)

Then dalam pukul 3 dah balik hotel. Kat hotel apa lagi, cuaca sejuk, semua layann mata je la. 

Untuk dinner malam ke 2, kami memang plan nak pergi pasar malam. Kalau datang cameron, wajib datang pasar malam dia . Yang aku perasan, pasar malam kali ni, lokasi dia tak macam dulu. Kalau dulu dorg bukak kedai dekat jalan je. Tapi kali ni ada tempat khas untuk peniaga pasar mlm sahaja. So , tak mengganggu kereta lalu lalang. 



Dr hotel kami jalan kaki je ke pasar malam. semput jugak lah. haha. Just beli dinner je. Sebab nak soping dekat Kea Farm esok!! 

Untuk hari ke 2 ni, boleh dikatakan sepanjang hari hujan, gerimis. Alhamdulillah, perjalanan hari ke 2 lancarr. 







No comments:

Post a Comment